Powered By Blogger

Thursday, 11 October 2012

keluarga Bahagia (Karangan Tidak Berformat)

Soalan : Tulis sebuah karangan tentang sambutan Hari Keluarga

   Kami sungguh gembira dan tidak sabar untuk pergi ke Pulau Langkawi.Syarikat milik ayah saya mengadakan sambutan Hari Keluarga di sana.
   Kami tiba di KLIA dan mendapati semua pekerja ayah sudah menunggu bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.Perjalanan ke Pulau Langkawi mengambil masa selama lebih kurang satu jam.
   Apabila tiba di Pulau Langkawi,tiga buah bas mewah telah menunggu kami untuk membawa kami ke Sheraton Legenda Suite.Setiap keluarga ditempatkan dalam sebuah apartmen dua bilik.
   pada sebelah malamnya,majlis makan malam diadakan.Setiap pekerja diberikan sebuah jam tangan sebagai tanda terima kasih daripada ayah.Bagi ayah,setiap pekerja adalah penting untuk kejayaan syarikat.
   Pada keesokan harinya,kami melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti makam Mahsuri,Kampung Beras Terbakar,Telaga Tujuh dan Tasik Dayang Bunting.Kami turut tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel di Gunung Machincang.
   Kegembiraan jelas terpancar  pada wajah setiap pekerja dan ahli keluarga mereka.Kami tidak akan melupakan kenangan manis semasa berada di Pulau Langkawi.

Rombongan PIBG SK Pagar Museh,Kedah

Rombongan PIBG ke Sg.Klah HotSpring.Sebanyak 2 bas dan 1 kereta yang mengikuti rombongan tersebut.

Suasana di Trolak HotSpring.